Saturday, 17 September 2016

Ulang tahun kelahiranku yang ke-45 2016

2016 ini merupakan kali keempat ulang tahun kelahiran Kak Quintan tanpa Allahyarham anakanda Hasnul.
Arwah seorang anak yang penuh dengan sifat kasih sayang. Setiap tahun dialah yang bertungkus lumus mencari hadiah istimewa buat ibunya. Seorang yang cukup lemah lembut dan sopan-santun terutama ketika berbicara. Sentiasa prihatin dengan kesusahan orang lain. Sanggup berbuat apa sahaja agar dapat mengembirakan hati orang lain.
Abang, hari ini adalah ulang tahun kelahiran ibu. Tiada lagi kedengaran di telinga ibu ucapan dan kata-kata manis daripada abang. Tiada lagi senyuman manis, mesra dan manja yang dapat ibu tatapi. Semuanya hanya memori indah, namun cukup pilu. Ibu melepaskan rindu dengan memakai t'shirt abang hari ini.
Kita akan bertemu nanti di Baitul Hamdi.
Al-Fatihah buat anak syurgaku.

Monday, 12 September 2016

Kelahiran putera sulong kesayangan


21 November 1996
11.30 malam
Khamis
2.6 kg
HBKT
Pembedahan
Tarikh penuh gembira dan kesyukuran.
Lahirnya permata hati ke dunia.
Muhammad Hasnul Imran bin Mohd Saidi.
Bayi comel menjadi kesayangan.